Saturday, June 29, 2013

2 Sektor Perkhidmatan Boleh Tangguh Gaji Minimum


Pemilik hotel dan penyedia perkhidmatan keselamatan adalah antara 400 syarikat makro dengan enam atau lebih pekerja di  seluruh negara diberi kelonggaran untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum sehingga 31 Dis tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot hari ini.
   
Beliau berkata selepas 1 Jan tahun depan, kementeriannya tidak akan lagi memberi sebarang pengecualian kepada mana-mana syarikat yang dikehendaki membayar gaji minimum RM800 sebulan di Sarawak, Sabah serta Labuan dan RM900 di Semenanjung mengikut Perintah Gaji Minimum 2012 bagi sektor swasta.
   
Surat permohonan terkini (bagi penangguhan) yang diterima adalah daripada sebuah syarikat perladangan di Sarawak yang akan dirujuk kepada Majlis Perundingan Gaji Negara untuk keputusan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Birumuh 2013 dan program '1Malaysia Support For Housewives' dan Azam Kerja peringkat negeri di sini.
   
Syarikat mikro dikategori sebagai mempunyai lima pekerja ke bawah.  

Beliau berkata pada masa ini terdapat kira-kira 12.8 juta pekerja di Malaysia, termasuk 1.4 juta penjawat awam dan 1.5 juta pekerja asing.
   
Bagaimanapun, tiada angka rasmi mengenai pekerja tanpa izin namun berdasarkan anggaran bagi setiap seorang pekerja asing yang sah, terdapat sekurang-kurangnya seorang pekerja tanpa izin, menjadikan jumlah keseluruhan pekerja asing di negara ini adalah tiga juta orang, katanya.
   
Ketika berucap, Riot berkata program '1Malaysia Support For Housewives' yang diperkenalkan kementeriannya melibatkan 40,000 suri rumah daripada pelbagai sektor pekerjaan, pendaftaran dalam portal JobsMalaysia dan pembabitan dalam program menjana pendapatan tahun ini di seluruh negara.
   
Sehingga Mei tahun ini, di bawah program itu, JobsMalaysia berjaya membantu 27,131 suri rumah, ibu tunggal, wanita kurang upaya dan kumpulan sasar lain untuk menjana pendapatan, katanya.
   
Bagi program pembasmian kemiskinan 1Azam pula, beliau berkata 7,000 orang, 5,000 di Semenanjung dan 1,000 masing-masing di Sabah dan Sarawak, akan dibantu tahun ini. - Bernama

Wala Juara Raja Lawak 7


KUMPULAN Wala diumumkan juara Raja Lawak musim ketujuh, malam tadi dan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM 100,000.

Peserta dari Sabah yang dianggotai Wan Mustapha Muntek dan Walawd Parman itu menampilkan persembahan yang konsisten di Gelanggang Raja Lawak Akhir, malam tadi.

Tempat kedua milik Sakan yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.

Sementara tempat ketiga dimenangi peserta dari Singapura, Bora dan tempat keempat milik Gamat.

Masing-masing finalis membawakan dua sketsa komedi yang bertemakan bebas dan komedi muzikal.

Menurut juri tetap, Datuk AC Mizal, persembahan Wala bersama artis jemputan, Rahim R2 adalah persembahan yang sepatutnya berada di pentas akhir.

"Akhirnya, inilah sepatutnya persembahan untuk final Raja Lawak. Tak perlu slapstik," katanya

Sementara Saiful Apek berkata persembahan kedua Wala yang mengangkat idea pawang antara yang terbaik pada malam itu.

"Apabila anda buat terlampau bagus, tak tahu dah nak buat apa lagi supaya bagus. Ini persembahan terbaik malam ini," katanya.

Saingan sengit diberikan oleh Sakan yang turut menampilkan persembahan yang disifatkan layak berada di pentas akhir oleh AC Mizal.

"Tak perlu saya pertikaikan persembahan anda di pentas akhir ini. Bagi saya, anda sudah boleh berjuang dalam industri selepas ini," katanya.

Format pemarkahan masih dikekalkan di mana ia ditentukan sepenuhnya oleh undian SMS.

Gelanggang Raja Lawak Akhir yang berlangsung di Auditorium MBSA menyaksikan Johan dan Zizan yang bertindak sebagai pengacara yang menggamatkan pentas dengan keletah mereka.

Dahulu Semua Berlumba Buat Telefon Paling Kecil Tapi Sekarang.....

Dahulu Semua Berlumba Buat Telefon Paling Kecil Tapi Sekarang.....


Oit Jom Lepak Dulu, Movie Best Nih!

Oit Jom Lepak Dulu, Movie Best Nih!


Penjara Paling Mewah Di Dunia

Halden Prison yang berada di Norway adalah salah satu penjara mewah di dunia. Halden Prison diletakkan pada tahap High Security kerana mengandungi pesalah-pesalah berbahaya.

Penjara ini menanggung perbelanjaan sebanyak $185 000 bagi setiap seorang pesalah. WoW mahal tu, mana tak nya, setiap sel dilengkapi dengan tv. Setiap banduan diberi masa 1.6 jam berada di Gim untuk aktiviti riadah. Mereka juga diberi gaji sebanyak $9 sehari.

Supermarket turut disediakan untuk banduan. Menurut pengarah penjara, tidak pernah sekali pun berlaku serangan banduan terhadap warden yang bertugas dan cubaan untuk melarikan diri dari penjara. Malah banduan dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga 3 kali seminggu.

Modul penjara ini menunjuk keberkesananya, kebanyakan banduan kembali kepada kehidupan normal mereka. Penjara bukan semata-mata untuk menghukum tetapi memulihkan.















Ahli Silap Mata Mengejutkan Orang Ramai Dengan Terapung Di Udara

Orang ramai di sekitar London semalam terpukau dengan aksi terbaru ahli silap mata Dynamo apabila dia ‘terapung-apung’ di sisi bas dua tingkat, semalam. Penghibur kelahiran Bradford itu berada di kira-kira 4.6 meter di udara di sisi bas sambil menyeberangi Jambatan Westminster di London.

Sambil tersenyum ke arah kamera, Dynamo, 30, terus ‘terapung-apung’ sambil sebelah tangannya diletakkan pada bumbung bas berkenaan.

Dynamo - atau nama sebenarnya Steven Frayne - melakukan aksi itu dengan bantuan polis yang memastikan laluan digunakan bebas daripada sebarang kenderaan lain. Beberapa individu bertuah diberi peluang menaiki bas dua tingkat yang bergerak seiringan dengan Dynamo dan mereka kelihatan takjub dengan persembahan itu. Mereka juga tidak melepaskan peluang merakamkan aksi itu menggunakan kamera masing-masing. Aksi itu menarik perhatian kerana orang ramai gagal menjelaskan bagaimana Dynamo boleh ‘terbang’ begitu tanpa sebarang alat bantuan.


Dynamo kini menjadi wajah terbaru untuk promosi minuman Pepsi Max.

Sebelum ini Dynamo pernah memukau orang ramai dengan pelbagai helah unik, termasuk kemampuannya berjalan di atas air. Namanya menjadi sebutan pada tahun 2011 apabila dia ‘berjalan’ melintasi Sungai Thames sambil mempromosikan siri terbarunya di televisyen bertajuk Magician Impossible.

Di samping itu, dia juga pernah ‘mengapungkan’ selebriti Britain, Matt Lucas di depan orang ramai di Stadiuam Emirates dan menukar tiket loteri menjadi wang tunai di depan Robbie Williams serta Davina McCall. - Agensi










Jalan Raya Paling Ekstrem Dunia. Ada Berani Lalu?

A road is a thoroughfare, route, or way on land between two places. There are different types of roads and they are spread everywhere: over the mountains and valleys, through villages and cities... Usually in the mountains the roads are winding due to the unfavorable terrain for building. Also, these roads provide fabulous views of the surroundings and because of that many travelers love to ride through these areas. This is a list of 12 of the most winding roads around the world, enjoy the post.

1. Stelvio Pass Road, Italy



The Stelvio Pass Road is located in eastern Alps countryside of Italy. This zig-zag road is stretching at 1.7 miles (2,7 km) above sea level has approximately 48 hairpin bends. It’s beautiful to look at from a distance, but very dangerous for drive.

The Stelvio Pass was picked by the British automotive show Top Gear as its choice for the “greatest driving road in the world”, although their search was concentrated only in Europe. This conclusion was reached after the team went in search of a road that would satisfy every “petrolhead’s” driving fantasies in the premiere of the show’s 10th season.


2. Forcella Lavardet, Italy


Forcella Lavardet is a high mountain pass located on the Dolomites-Alps at an elevation of1.542m (5,000 ft) above the sea level, on the municipality of Vigo di Cadore (Italy).

The road, with some unpaved and gravel sections, and connecting Canale di Gorto and Campolongo,  is closed to vehicles after some streams and detachments, but is passable by bike, and it includes some of the most incredible hairpins in the Carnic Alps. Located in the Seppada zone, the road is famous because its group of 14 steep and spectacular hairpin bends, between San Pietro and the peak.


3. Col de Turini, France


Col de Turini (el. 1.607m or 5,272ft) is a high mountain pass in the Alps in the department of Alpes-Maritimes in France. It lies near Sospel, between the communes of Moulinet and La Bollène-Vésubie in the Arrondissement of Nice. It is famous for a stage of the Monte Carlo Rally which is held on the tight road with its many hairpin turns.

Until a few years ago, the Col De Turini was also driven at night, with thousands of fans watching the “Night of the Long Knives” as it was called, due to the strong high beam lights cutting through the night. The Col De Turini has also featured three times in the Tour de France (1948, 1950 and 1975) averaging 7.2% over 15.3 km when approached from the East, starting at the valley of the river Vésubie.


4. Big Gate Road, China




Big Gate Road or the Avene Toward Heaven is located in Hunan province,the road is long 10km (6.2 mi) from top to bottom. The highest point is 1300m (4.265 ft) above sea level, and the lowest point is 200m (656 ft), the road took eight years to finish with work starting in 1998, and finishing in 2006.

The scenery looks beautiful, but take your eyes off the road for a second, and you’re on the fast way down to the bottom. The roads are scary with many twists & turns & certainly not for the faint-hearted. Actually, Big Gate Road has exactly 99 turns.


5. Trollstigen, Norway


Trollstigen is a serpentine mountain road in Rauma, Norway, part of Norwegian National Road 63 connecting Åndalsnes in Rauma and Valldal in Norddal. It is a popular tourist attraction due to its steep incline of 9% and eleven hairpin bends up a steep mountain side. The road is narrow with many sharp bends, and although it has been widened in recent years, vehicles over 12.4 metres (40 ft) long are prohibited from driving the road. At the top there is large parking place which allows visitors to leave their cars and walk for about ten minutes to a viewing balcony which overlooks the road with its bends and the Stigfossen waterfall. Stigfossen falls 320 metres (1,050 ft) down the mountain side. The pass has an elevation of approximately 850 metres (2,800 ft).


6. Los Caracoles Pass, Chile/Argentina


This road passes through Andes between Chile and Argentina. Los Caracoles is a series of ascends with an extremely steep slope. The road has many steep slopes and sharp turnswithout fences security. The road is snow-covered almost all the year. Snow together with the complex natural landscape requires extreme patience and driving skill to drive in emergency situations. However, this road is maintained in working condition, which significantly reduces the number of accidents on it. Trucks and even double-decker tourist buses travel daily on this road.


7. Halsema Highway, Philippines


The highest highway in all of the Philippines, the Halsema Highway takes about six hours to traverse. Located on the island of Luzon, the Halsema Highway runs through the Central Cordillera Valley in the Philippines from Baguio to Bontoc and farther on toward Tabuk and Tuguegarao. Landslides and rock falls are common, often stranding motorists for long periods of time. Many portions of the road are still unpaved, although work is supposedly in progress to bring about some improvements, and there are plenty of drop-offs that are steep. Foggy conditions paired with the lack of much-needed guardrails in certain areas only complicate the Halsema Highway’s already dangerous conditions. 


8. Transfagarasan, Romania


The Transfagarasan mountain road or national road 7C is one of the most spectacular roads in the world. It is 90 km (56 miles) long and is located in Romania. It runs through the Fagaras mountains (trans + Fagaras), a part of the Transsylvanian Alps. The road connects Transsylvania with Muntenia. The Transfagarasan starts at Bascov, near Piteçti. It follows the valley of the river Argea and after mounting to the highest point, it descends to Cartisoara in the Olt valley, where the road ends.

The Transfagarasan rises to a height of 2.134 meter (7,000 ft) and has sharp hairpin turns, a challenge for every driver. The maximum speed is 40km/h (25 miles/h). The road isoften closed from October till June due to the snow that is blocking the road. The road has more tunnels and viaducts then any other road in Romania. On the highest point of the Transfagarasan near Balea Lac (Balea-lake) is located the longest (875 m/0.53miles), and highest tunnel of Romania. This tunnel is the connection between Transsylvania and Walachia.


9. Grimsel Pass, Switzerland


Grimsel Pass (elevation 2.165 m or 7,100 ft) is a Swiss high mountain pass. It connects the valley of the Rhone River in the canton of Valais and the Haslital (upper valley of the Aar river) in the canton of Bern. The winding highway that traverses Grimsel Pass seems to flow like a ribbon up and down the Swiss Alps. Built in the 1890s, the much-forested roadfeatures wide, sweeping turns and offers gorgeous views of the rugged surrounding landscape, the Rhone Glacier and an assortment of glacial lakes. The last bit up to the top is especially scenic and is filled with switchbacks.


10. Atlas Mountains Road, Morocco



The Dades Gorge in Morocco is beautiful to look at, but not while you’re driving this twisty-turvy road. You could end up being part of the Gorge. You can also explore the High Atlasand its scenic appeal by driving through a switchback of hairpin curves that connectMarrakech to the pre-Sahara through the mountain range. The most spectacular drive is theTizi n Test road, weaving its way up through the Atlas, over the Tizi n Test pass at 2092 metres (6,870 ft), then down onto the Souss plains. A more modern and fast route, though less spectacular or remote, is the Tizi n Tichka which connects Marrakech to Ouarzazate. Along the way, you can explore the superb crumbling Kasbah of Telouet - the most spectacular sight in the High Atlas.


11. Gotthard Pass – Switzerland


Gotthard Pass in Switzerland is the most famous of all Alpine passes, at an altitude of 2,108 meters (6,917 feet) above sea level. The pass links the German speaking part of the country with the Italian one. The road climbing to the pass is made up of a series of sharp bends, ending with a flat depression. Several tunnels provide access through the pass. The 15 km (9.3 mi) Gotthard Rail Tunnel was the first and opened in 1882 for railway traffic. A 16,3km (10 mi) motorway tunnel, the Gotthard Road Tunnel opened in 1980. With a length of 16,3 kilometers (10 mi) it is the third longest road tunnel in the world. Gotthard Pass has also an old cobbled stone road that has been perfectly preserved and it's a favourite among cyclists.


12. Iroha-Zaka, Japan


Iroha-Zaka is a winding road from Japan which connects central Nikko and Oku-Nikko. The road comprises of 48 curves and each corner has an ancient Japanese alphabet, starting in alphabetical order from I-ro-ha which also gave this road’s name. Iroha-zaka is actually made of two roads, one to come down and another to go up and they both have 48 curves matching the 48 letters of the ancient Japanese alphabet. This road ascends more than1,300 feet (400 m).

Emma Watson VS Kristen Stewart Mood

Wanita sememangnya mempunyai pelbagai wajah mengikut keadaan. Jadi apa padangan anda mengenai wajah dua artis terkenal ini :-p


Dipuji Otai, FBI Menangis


BUKAN juara, namun Faizal Ismail (FBI) menganggap prestasi yang melayakkan anak didiknya ke pentas akhir Bintang Mencari Bintang sebagai suatu kemenangan buatnya.

Anak didik FBI, Tapaw yang dianggotai Shah Rizal Sulaiman dan Khairul Faiz Sulaiman diumumkan sebagai pemenang tempat keempat bagi program realiti BMB musim pertama, semalam.

Pada awalnya, siapa menyangka, seorang penyampai radio berjaya meletakkan diri setara dengan pelawak-pelawak otai tanah air seperti Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Sabri Yunus.

Mengangkat idea lanun, FBI berserta Tapaw berjaya mencuri tumpuan penonton dan juri.

Tapaw tampil dengan persembahan yang cukup meriah apabila dua buah kapal di bawa masuk ke dalam Stadium Melawati Shah Alam dan diiringi lebih 20 penari yang menjadi lanun.


 “Saya kagum dengan usaha anak didik anda (FBI) dan saya sendiri kagum dengan kebolehan anda. Saya tak melihat ia sebagai satu pertandingan tapi satu persembahan,” kata Ogy.

Kata-kata Ogy itu nyata membuatkan FBI terharu sehingga menitikkan air mata.

“Saya susah sebenarnya (menangis)...bukan hanya menangis di TV, di luar TV pun susah tapi tak tahu kenapa malam ini, perasaan itu...Saya rasa mungkin kerana sudah 14 minggu saya melatih Tapaw dan Ajo. Mereka pun selalu kena marah dengan saya.

“Pada sketsa kedua itu, saya rasa betul ke apa yang saya buat? Saya rasa macam saya bermimpi.  Saya tak sangka saya boleh melalui saat-saat ini. Saya rasa tersentuh mendengar komen Ogy. Dia sangat berbangga dengan bakat saya, dia macam tak percaya,”katanya kepada Sinar Harian Online.

Dalam sidang media selepas konsert tamat, FBI dipuji oleh Afdlin dan Harun di mana masing-masing tidak menyangka FBI mampu tampil dengan idea yang hebat seperti itu.

“Apabila saya tengok idea Tapaw, idea mereka bagus. Kenapa saya tak terfikir macam itu? Dan siapa sangka, FBI ini menyanyi bagus dan melawak pun bagus?,” kata Adlin.

Harun pula akui menghormati kebolehan FBI yang mampu bersaing di pentas BMB.

“Saya hormati FBI kerana dia seorang penyampai radio tapi sangat kreatif. Saya ingat dia hanya boleh bercakap tapi visual pun dia bagus,” katanya.


Afdlin sempat bergurau dengan mengatakan, “jadi, kami berharap, dia berhenti radio cepatlah ya.”

Mengulas mengenai maklum balas yang diterima mengenai dirinya, FBI akui berbangga dan menghormati komen-komen tersebut.

“Saya tak pernah melibatkan diri dalam bidang ini (komedi) secara rasmi. Tapi apabila mereka memberi komen yang sebegitu positif terhadap diri saya, saya sangat berbangga dan menghormati komen mereka kerana saya masuk ini pun bukan pilihan, apatah lagi digabungkan dengan mereka yang sudah dikenali.

“Pada awal saya dilamar, memang saya gerun. Saya sendiri gerun dengan mereka. saya jenis orang yang menukarkan mustahil itu kepada kenyataan. Berada dalam kalangan sifu yang hebat...wow! Itu adalah satu kemenangan untuk diri saya, malam ini (malam tadi),” katanya.


Menyentuh soal persembahan kedua Tapaw bersamanya malam tadi, FBI akui ia menelan kos yang besar namun perkara itu tidak menghalangnya daripada melaksanakannya.

“Semua itu adalah kerjasama semua pihak termasuk penari yang menjadi lanun dan juga pihak produksi yang menunaikan permintaan saya untuk buat semua benda ini. Walaupun mereka kata betul ke ni? Guna banyak ni.

“Tapi saya kata tak apa. Saya belasah. Sebab yang penting Malaysia akan tengok satu persembahan yang wow! Alhamdulillah. Saya berpuas hati. Walaupun mendapat tempat keempat tapi saya rasa saya dah menang.,” katanya.

Friday, June 28, 2013

Rumah Almy Nadia Terbakar


RUMAH pelakon, Almy Nadia di kampung terbakar dalam satu kejadian minggu lalu dan ibunya, Roshida Hashim, 45 pula dikhabarkan patah tulang rusuk kanan akibat jatuh dari bilik air.

Ibu Almy dikatakan sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dipetik dari Mstar, Almy memberitahu dia tidak dibenarkan pulang ke kampung oleh syarikat produksi kerana masih lagi terikat dengan penggambaran drama.

“Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sekarang, fikiran saya hanya mengingatkan kampung halaman dan ibu yang sedang sakit.

"Saya memang minta cuti untuk balik sekejap sejak rumah saya terbakar minggu lalu tapi sehingga sekarang saya tidak dibenarkan cuti dengan alasan akan mengganggu jadual artis lain," katanya.

16 Jun lalu, rumah keluarganya di Kampung Pondok Upih, Balik Pulau, Pulau Pinang terbakar pada bahagian bilik tingkat bawah akibat letupan kecil daripada sebuah radio lama.

Bagaimanapun, tiada ahli keluarganya yang tercedera dalam kejadian tersebut.

Manakala pada malam Rabu lalu, ibunya, pula mengalami patah tulang rusuk kanan selepas terjatuh di bilik air.

"Belum sempat saya balik menjenguk keluarga, saya diberitahu ibu pula jatuh bilik air, bayangkan bagaimana perasaan saya ketika ini," jelasnya.

Pelakon Terbabit Kes Dadah Pukul Jurugambar


PELAKON lelaki yang ditahan sekali lagi membabitkan kes dadah dilaporkan bertindak kasar terhadap juru gambar bagi mengelak gambarnya dirakam, semalam.

Memetik laporan Utusan Online, anak kepada pelakon veteran ini mulanya dilihat cuba menutup wajah dan menghalang beberapa juru gambar daripada merakam gambarnya ketika keluar dari bilik mahkamah sebelum tiba-tiba bertukar agresif.

Dia menumbuk kepala seorang jurugambar sebuah syarikat akhbar dan turut menepis beberapa kamera juru gambar lain.

Ketika itu, dia sedang dibawa anggota polis di bangunan Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman selepas dia ditahan, kelmarin.

Pelakon terbabit dikenakan tahanan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta sama.

Peguamnya, P G Cyril ketika ditemui berkata, pegawai penyiasat polis meminta pelokon terbabit direman kerana mereka memerlukan masa untuk menjalankan siasatan.

"(Dia) bersama tiga lelaki dan dua wanita telah ditahan dalam rumah salah seorang rakannya. Kami difahamkan dia ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Tetapi daripada apa yang dimaklumkan sendiri (pelakon itu), dia ke situ adalah untuk menguruskan satu dokumen pinjaman. Dokumen terbabit juga telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan," katanya.

Beliau berkata, polis memberitahu telah menjumpai 4.7 gram dadah dalam sebuah bilik, bagaimanapun tiada sebarang dadah ditemui pada badan pelakon itu dan rakan-rakannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman keenam-enam mereka.

Perkahwinan Antara Manusia Dengan Bunian & Jin Memang Boleh Berlaku - Haron Din


Soalan:
Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.
1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?
Halimatussaadiah
Bota, Perak

Jawapan 1:
Puan,
Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya): 

“Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T.”
Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.

Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility).
Dalam sejarah sebagai contoh, berlaku kisah Puteri Balqis, Raja Perempuan di negeri Saba’ (Yaman). Ada pendapat yang mengatakan bahawa, salah seorang daripada ibu bapanya adalah jin. Sama ada bapanya jin, ibunya manusia atau sebaliknya.

Hal ini saya dapati ada tercatat dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk yang kesepuluh halaman 289, ketika membuat tafsiran kepada Surah al-Isra’ ayat 64, yang menyebut firman Allah bahawasanya jin akan berusaha keras memperdayakan manusia untuk menderhaka kepada Allah dengan berbagai-bagai cara.
Mereka menggunakan seni suara (nyanyian), tentera-tentera mereka digunakan, sehingga boleh bermusyarakah bersama untuk mendapatkan harta benda dan anak-anak milik bersama manusia hasil perkongsian dengan makhluk-makhluk halus ini. Disebut di antaranya, berlakulah perkahwinan tadi (ibu bapa Puteri Balqis).

Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi pernah bersabda yang bermaksud, “Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin.”

Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus.

Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah s.a.w untuk pendakwaan. Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi telah menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.
Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 48 (mahfumnya):

“Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat keseksaan-Nya”.

Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentang Islam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka adalah syaitan.

Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia.

Jawapan 2:
Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma’ bahawa hukumnya (mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang menyatakan perkahwinan tersebut boleh.

Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan ayat Surah ar-Rum yang disebut di atas.
Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat Allah SWT.

Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh aman daripada gangguan mereka?

Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku.

Jika dikatakan jin itu mempunyai keilmuan Islam yang tinggi dan dia beramal dengannya, maka sama juga dengan manusia yang mengkaji Islam, tetapi tidak Islam.
Malah ada kalangan sarjana Barat yang banyak menghafal al-Quran, menghafal hadis dan mengetahui banyak hukum (terutama orientalis), kalau di alam manusia boleh berlaku, maka tidak mustahil di alam jin juga ianya boleh wujud.

Maka jalan yang terbaiklah, kahwinilah dengan manusia, seperti yang disebut Rasulullah, “Kahwinilah perempuan-perempuan manusia, kerana mereka boleh mendatangkan harta.”.