Tuesday, December 24, 2013

Majlis Resepsi Perkahwinan Jovian & Nina Di Temerloh

Majlis resepsi perkahwinan di Temerloh adalah yang terakhir buat pengantin baru Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri. Untuk makluman, ayah Nina merupakan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ialah ahli Parlimen Bera UMNO. Majlis resepsi kali ini ialah style kampung dengan masakan seperti gulai kawah yang dilakukan secara gotong royong.

Jovian dan Nina nampak berseri-seri dengan persalinan pengantin berwarna biru lembut. Kini pengantin baru ini sudah pun terbang ke luar negara untuk berbulan madu. Selamat ber”honeymoon” diucapkan. Semoga ikatan suami isteri yang dibina akan lebih kukuh dan mesra apabila pulang kelak.











No comments:

Post a Comment