Wednesday, September 4, 2013

Ashraf Muslim Nafi Isteri Kedua Hamil


Cerita mengenai kisah perkahwinan Ashraf Muslim kembali menjadi perbualan apabila timbul pula desas-desus mengatakan yang isteri kedua Ashraf, Sakinah kini hamil anak pertama.

Segalanya bermula apabila seseorang terserempak dengan pasangan itu di sebuah pusat membeli-belah dan menurutnya keadaan fizikal Sakinah pada masa itu kelihatan seperti orang mengandung.

Namun, melalui portal hiburan Rotikaya, Ashraf menafikan perkara tersebut dan menyatakan mereka masih mencuba.

"Takdelah. Belum mengandung atau apa-apa. InsyaAllah kalau ada rezeki nanti."

Sebelum ini Ashraf pernah dituduh berkahwin lain kerana belum mendapat zuriat melalui perkahwinan pertama. Namun, pelakon itu turut menafikan perkara tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Ashraf telah menikahi Sakinah pada 7 Julai 2013 di Selatan Thailand tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Walaupun mendapat tentangan dan kritikan dari keluarga mertua belah isteri pertama, Ashraf tetap yakin mampu menyelesaikan pergolakan rumahtangganya dengan baik.

No comments:

Post a Comment