Friday, April 12, 2013

| Kemusykilan Agama | Kemusykilan Mengenai Pemakaian Deodoran/Perfume Yg Mengandungi Alkohol, Lalu Melakukan Solat..??? |

# Sumber Jakim #

Soalan:
Assalammualaikum, disini saya ingin mengajukan kemusykilan mengenai pemakaian deodoran @ pewangi yang berkemungkinan mengandungi (alkohol) sebelum melakukan solat, kemudian saya melakukan solat, apakah hukum pemakaian tersebut..adakah sah solat yg telah d'lakukan..?

Jawapan:
Waalaikumussalam,
Menurut Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang telah dikeluarkan pada tahun 1986, telah memutuskan penggunaaan pewangi badan yang mengandungi alkohol, ini diharuskan.Alasannya ialah , alkohol tersebut hanya berfungsi untuk melekatkan bau pewangi itu semata-mata selepas daripada  itu alkohol tersebut  akan terungkai di udara.
Justeru para mufti seluruh Malaysia telah sepakat mengambil keputusan untuk mengharuskan penggunaan pewangi dan deoderant.Malah penggunaan bahan-bahan tersebut adalah  sah  digunakan untuk tujuan mengerjakan solat.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment