Friday, December 28, 2012

#Kemusykilan Agama#Perbezaan Kekah & Korban#

[ Sumber Jakim ]

< Perbezaan Kekah & Korban >

Soalan:
Saya ingin bertanya,antara kekah dan korban yang manakah lebih penting?? Ada orang kata kekah lebih patut buat daripada korban (pada yang mampu). Tapi kalau tak silap saya korban itu adalah kenderaan kita ke syurga.
Jawapan:
Dalam persoalan ini, Aqiqah adalah ibadat yang perlu diutamakan daripada ibadat Korban.
Hal ini adalah kerana penegasan yang telah dibuat oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam di dalam beberapa hadithnya, antaranya:
"Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya."
(Riwayat Tirmidzi)

Selain itu, Baginda menegaskan lagi dengan sabdanya:
“Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan akikahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama”.
(riwayat Abu Dawud, al-Turmidzi dan Ibnu Majah)

Melalui dua hadis di atas, jelaslah kepada kita bahawa perkara pertama yang tertanggung ke atas diri kita sejak kita dilahirkan adalah aqiqah. Jadi perlulah kita menunaikan tanggungan yang terawal (aqiqah) sebelum melaksanakan ataupun melakukan tanggungan dan tuntutan yang terkemudian seperti Korban dan lainnya.
Oleh yang demikian, berasaskan kepada perbincangan di atas, ibadat Aqiqah adalah tuntutan yang lebih utama daripada ibadat Korban. Hal ini adalah kerana Aqiqah dituntut bermula sejak dari lahirnya seseorang individu Muslim itu, sedangkan Korban pula ia hanyalah ibadat yang dilakukan untuk mentaqarrubkan (hampirkan) diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Wallahu 'Alam.

No comments:

Post a Comment